Cara meredakan demam kanak-kanak terutamanya bayi secara saintifik sebenarnya tidak jauh berbeza dengan orang dewasa. Beri minuman yang secukupnya dan sapukan badan mereka dengan kain basah.
Elakkan dari memakai pakaian tebal atau berselimut. Bagi bayi pula, cukup hanya sekadar memakai lampin agar suhu panas dapat dikeluarkan dengan mudah. Beberapa cara tambahan lain adalah seperti berikut:
- Menggunakan pelekat jel seperti coolfever.
Penggunaan pelekat jel pada kanak-kanak adalah salah satu cara termudah meredakan suhu badan. Kanak-kanak biasanya tidak begitu menyukai kain basah yang diletakkan pada badan mereka.
2. Ubat demam dalam bentuk cecair
Campurkan ubat demam berbentuk cecair seperti paracetamol ke dalam minuman atau botol air anak anda. Pastikan anda menyukat dos yang betul mengikut kesesuaian umur.
3. Makanan mudah hadam.
Jangan biarkan anak anda yang demam dalam keadaan perut kosong. Walaupun mereka tidak mempunyai selera, pilihan makanan seperti sup dan bubur adalah lebih mudah.
4. Pemantauan yang kerap.
Sentiasa memantau suhu anak anda yang mengalami demam. Gunakan jangkasuhu bagi mengetahui bacaan pada anak dari masa ke semasa. Jangan biarkan anak anda tidur bersendirian agar dapat bertindak cepat sekiranya suhu badan mereka naik tinggi melebihi 39 darjah celcius. Ini kerana mereka cenderung untuk terkena sawan jika suhu terlalu tinggi.