Keletihan adalah perasaan letih atau kehabisan tenaga yang tidak hilang apabila anda berehat. Kemungkinan orang yang merasainya berasa penat pada badan atau minda sama ada penat secara fizikal atau psikologi.
Selalunya keletihan dapat dikesan pada tabiat atau rutian harian anda. Keletihan boleh menjadi tindak balas yang normal pada manusia termasuklah tabiat makan yang buruk, tekanan emosi, kebosanan atau kurang tidur dan sangat penting untuk anda melakukan aktiviti senaman.
Walaubagaimanapun, dalam beberapa kes, keletihan adalah gejala yang masalah perubatan yang perlu diberi rawatan perubatan. Dengan itu, apabila anda tidak dapat mengatasi gejala keletihan ini, anda perlu segera mendapatkan rawatan daripada doktor.
Petua Membantu Meningkatkan Tenaga dan Keletihan
Kemungkinan anda tahu punca keletihan yang anda alami. Dengan beberapa gaya hidup yang sihat dan sederhana mungkin akan mengurangkan masalah keletihan anda.
Cadangan Diet Seimbang
- Minum air yang banyak – Kebiasaannya anda berasa penat kerana kurang dehidrasi. Secawan air membantu menghilangkan rasa letih lebih-lebih lagi selepas bersenam.
- Makan makanan sihat – Tingkatkan pengambilan makanan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, makanan rendah lemak dan daging dalam hidangan. Kurangkan jumlah makanan tinggi lemak, gulam dan garam.
- Sarapan – Ramai orang yang terlupa sarapan merupakan perkara penting sebelum memulakan hari. Pilih hidangan sarapan pagi yang kaya dengan karbohidrat seperti bijirin dan roti gandum. Ia membantu meningkatkan metabolisme dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Cadangan Tidur
- Tidur yang cukup – Sepertiga kita mengalami masalah tidur, dan mereka terpaksa berjaga malam kerana tidak dapat tidur yang berkualiti. Antara cadangan untuk mengelakkan susah tidur malam ialah tidur dan bangun awal pada waktu yang sama setiap hari, elakkan tidur siang sepanjang hari dan mandi air panas sebelum tidur
- Limit kafein – terlalu banyak kafein pada waktu siang akan menyebabkan insomnia. Limitkan minuman berkafein sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan elakkan pengambilan selepas makan malam.
- Belajar untuk rileks – Masalah insomnia yang selalu terjadi ialah risau ketika baring di tempat tidur. Anda perlu cuba menggunakan teknik rileks sehingga anda jumpa salah satu teknik yang sesuai dengan diri anda contohnya, memikirkan pemandangan yang tenang, fokus pada pernafasan atau membaca ayat-ayat suci al-quran sebelum tidur.
- Elakkan ubat tidur – Ubat tidur bukanlah penyelesaian jangka masa panjang kerana tidak boleh mengatasi insomnia.
Cadangan Gaya Hidup
- Jangan merokok – Asap rokok mengandungi banyak bahan berbahaya. Terdapat banyak sebab mengapa perokok mempunyai tahap tenaga yang rendah berbanding mereka yang tidak merokok. Sebagai contoh, tubuh badan memerlukan glukosa dan oksigen tetapi karbon monoksida dalam asap rokok mengurangkan jumlah oksigen dalam darah.
- Aktiviti fizikal – Aktiviti fizikal meningkatkan tenaga sementara gaya hidup yang tidak aktif adalah punca utama keletihan. Ianya mempunyai banyak kesan baik pada tubuh badan dan minda serta membantu anda tidur lena pada waktu malam.
- Banyak bergerak, kurangkan duduk – Sebolehnya, kurangkan tabiat yang kurang menyenangkan seperti menonton televisyen dan menggunakan komputer.
EPISOR MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH KELETIHAN ANDA!
Episor dirumuskan khas dengan ramuan herba terbaik untuk anda yang ingin mengekalkan tenaga dan aktif sepanjang hari. Episor merupakan suplemen kesihatan berasaskan herba untuk menguatkan daya ketahanan badan. Ianya sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah keletihan dan lesu sepanjang hari! Jadi kepada anda yang ingin mencari alternatif bagi mengatasi masalah tersebut boleh segera dapatkan sebotol episor untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari !
Episor merupakan herba yang berasaskan dua bahan tradisional semula jadi dari tanah besar China iaitu Horny Goat Weed (Epimedium Sagittatum) dan Bu Gu Zhi (Psoralea Corylifolia) yang sangat tinggi khasiat dalam perubatan tradisional.
Ianya juga boleh membantu menyelesaikan masalah lemah-lemah badan anda seperti masalah sakit-sakit badan, sakit urat, sakit pinggang, sakit lutut, kencing manis, darah tinggi, sering mengantuk dan lemah tenaga dalaman.
Apa tunggu lagi, jom dapatkan sebotol Episor untuk kekal aktif dan bertenaga !