Apakah Kesan Onani Setiap Hari Pada Otak?

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa perbuatan melancap bakal beri kesan jangka panjang pada alat kemaluan dan fizikal tubuh badan. Namun, bagaimana pula kesan melancap kepada otak?

#1. Kegelisahan

Berkontradiksi di atas tadi, mungkin ada individu yang rasa bakal lebih tenang dengan melancap namun wujud juga mereka yang akan rasa lebih gelisah. Ia tidak pernah sama bagi setiap individu.

Menurut satu kajian terbitan National Library of Medicine, mereka yang lebih kerap melancap sering rasa gelisah. Ini mungkin disebabkan rasa serba salah yang selalu menghantui diri mereka.

Dalam pada itu, mereka juga mungkin mengalami kegelisahan jika terdedah dengan perkara yang membangkitkan nafsu syahwat sekali gus menimbulkan keinginan untuk melakukan onani.

Kajian sama turut mendapati bahawa kegelisahan ini berpunca daripada ketagihan melakukan onani.

#2. Ketagihan

Kita selalu ingat remaja selalu berdepan dengan masalah ketagihan beronani. Sebaliknya ramai orang dewasa termasuk mereka yang telah berkahwin juga mempunyai tabiat beronani yang serius.

Ketagihan merupakan akibat paling berbahaya kepada mereka yang keraj dan kuat melancap. Mereka bakal mengalami kesukaran untuk mengurangkan atau menghentikan ketagihan tersebut.

Lebih menakutkan, ketagihan ini boleh jadi lebih teruk dari hari ke hari. Contohnya, individu yang beronani seminggu sekali mungkin akan rasa masih tidak cukup dan mula buat sekali sehari.

Akibatnya, jarak masa itu semakin lama bakal semakin kecil. Akhirnya, tidak mustahil mereka ini mengalami ketagihan melancap sehingga beberapa kali dalam sehari yang akan bawa bahaya kepada kesihatan fizikal dan mental.

Maka, cuba untuk tidak memulakan tabiat ini. Jika anda sudah terlambat, dapatkan nasihat pakar tentang cara merawat kesan onani.

#3 Hilang minat pada aktiviti seksual

Individu yang telah menjadikan perbuatan onani ini sebagai rutin mungkin akan mula hilang minat pada aktiviti seksual yang sebenar. Kesannya pula adalah pada pasangan mereka.

Bayangkan jika anda selalu memuaskan diri secara solo dan sendiri, adalah sukar untuk anda mula memasukkan pasangan ke dalam aktiviti seksual sekali gus merosakkan institusi rumah tangga.

Kesimpulan

Cegah sekarang! Berhenti melancap mulai hari ini juga jika anda tidak mahu kesan onani pada badan di atas ini berlaku pada anda dan pasangan.