Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.
Punca-punca/ Penyebab Sakit Belakang:
- Otot-otot
-(oto tergeliat/ otot terkoyak/ otot letih)
2. Tulang
-(ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah/ pecah tulang belakang tulang yang cacat/ kanser tulang)
3. Lain-lain
-(kedudukan badan yang tidak betul/ penyakit radang pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)/ pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis/ penyakit batu karang)
Rawatan
Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
- Rehat yang cukup
- Regangan pada bahagian belakang
- Fisioterapi
- Menggunakan ubat sapu
- Ubat penahan sakit
Rawat punca sebenar sakit belakang
Pencegahan
- Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
- Berehat untuk meregangkan belakang badan
- Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
- Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap Smear untuk mengesan Kanser Pangkal Rahim
- Kekalkan berat badan unggul
- Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium dan zat yang cukup untuk mencegah osteoporosis
- Kekalkan cara hidup sihat