Definisi: Perkataan COVID-19 itu sendiri sebenarnya bukan merujuk kepada virus tetapi merujuk kepada nama penyakit yang disebabkan jangkitan Coronavirus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudiannya membuat keputusan untuk menamakan virus ini secara rasmi sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV). Untuk mengelakkan kekeliruan dengan wabak SARS yang melanda Asia pada awal tahun 2003, WHO telah menamakan penyakit yang disebabkan SARS-CoV ini sebagai Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)
PETIKAN DARIPADA SUMBER INFORMASI PERUBATAN COVID 19& PUSAT SUMBER KOMUNIKASI DAN RISIKO DAN MEDIA COVID 19.
Gejala dan simpton COVID-19:
- Demam berpanjangan
- Kelesuan bertambah teruk
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Bibir atau jari menjadi kebiruan
- Tidak boleh mengambil minuman atau makanan melalui mulut
- Batuk atau muntah yang semakin teruk dan kencing yang semakin kurang
PENYAKIT paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu.
Namun, penyakit ini mula menjadi isu paling serius di negara ini ekoran gelombang keduanya yang turut mencatatkan dua kematian pada hari 17 Mac lalu.
Disebabkan kritikalnya wabak itu, kerajaan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini bagi membendungnya daripada terus merebak.
KERATAN AKHBAR DARI BERITA HARIAN 23 MAC 2020
Langkah-langkah mengawal/ mengatasi COVID-19:
- Lakukan saringan
-Kerap membuat saringan di klinik yang berhampiran atau membeli KIT TEST COVID.
2. Kuarantin diri
-Mengambil insiatif dimana menguarantin kan diri sendiri jikalau diri terlibat dengan covid-19 mahupun rakan rapat dengan pesakit covid-19.
3. Memakai topeng muka
-Sentiasa memakai topeng muka atau pelitup muka supaya terhindar daripada virus covid-19 ini.
4. Kekal berada di rumah atau “stay at home”
-Ia bermaksud mengurangkan aktiviti di luar rumah dan perbanyakkan aktiviti di rumah.
5. Tingkatkan kebersihan diri dan rumah
-Sentiasa memastikan kawasan persekitaran di dalam rumah berada dalam keadaan yang bersih dan selamat.
6. Menjaga jarak 1 kilometer
-Sentiasa memastikan jarark diantara diri sendiri dengan masyarakat yang lain berada di dalam jarak 1 kilometer supaya dapat mengelakkan daripada virus covid-19 ini.