“Bermula 1996, peratusan obesiti hanyalah 4.4 peratus dan ia meningkat lebih tiga kali ganda dengan menjadi 14 peratus pada tahun 2006 di mana ia terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015 dan pada tahun 2019, ia mencatatkan peratusan iaitu 19.7 peratus.
Keratan dari Akhbar Utusan Malaysia 9 April 2021
Berat badan merupakan sebuah perkara atau faktor yang amat penting bagi seseorang, malahan berat badan juga merupakan salah satu faktor dalam pemilihan pekerjaan. Faktor berat badan ini umpama pihak lawan bagi setiap masyarakat yang mempunyai berat badan yang berlebihan ini. Jadi, pelbagai insentiatif yang boleh dilakukan dalam mengatasi masaalah berat badan ini dengan mudah dan selamat.
Maksud Berat Badan Berlebihan/ Obesiti:
- Individu yang mengalami masaalah badan besar yang melebihi bentuk paras mereka.
- Individu yang fizikal nya nampak biasa sahaja akan tetapi beratnya yang melebihi tahap pencapaian BMI yang sepatutnya mengikut tahap umur, tinggi, berat dan jantina.
- Berat badan berlebihan/ obesiti ini bermula dari tanaman lemak yang terkumpul dalam badan kita dan lemak yang tidak guna dalam tubuh badan kita.
- Semakin banyak lemak yang terkumpul dalam badan kita akan menyebabkan sesorang itu mengalami obesiti dalam kehidupan mereka.
Tanda-Tanda Berat Badan Berlebihan/ Obesiti:
- Pengumpulan lemak yang berlebihan pada perut/ buncit
- Mudah sesak nafas
- Berpeluh
- Berdengkur
- Sukar tidur malam
- Mengalami masaalah berkaitan dengan kulit
- Keletihan
- Kesakitan
Punca-Punca Berat Badan Berlebihan/ Obesiti:
- Pola makanan yang tidak seimbang
- Makan lewat malam
- Kurang minum air mineral/ kosong
- Amalan selepas makan tidur
- Kurang melakukan pergerakan
Tips/ langkah-langkah kurus secara sihat merupakan sebuah cara atau langkah dimana setiap masyarakat mampu untuk melakukannya, dan ianya juga bergantung kepada masayarakt itu sendiri sama ada nak ataupon tidak untuk melakukannya.
Langkah-Langkah untuk menurunkan berat badan:
- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi
- Kurangkan penganbilan makanan ringan.
- Banyakkan pengambilan makanan sayur dan buah-buahan.
- Ambil minuman yang mengandungi kandungan herba yang sihat bagi membantu pemprosesan pembuangan dengan cepat.
- Kurangkan membeli makanan di luar.
- Mengambil makanan mengikut pola makanan yang betul dan seimbang.