Memiliki tubuh badan yang ideal adalah perkara yang sangat diimpi-impikan semua individu lebih-lebih lagi kaum wanita. Ini kerana dengan tubuh badan yang cantik dan menarik akan membuatkan seseorang lebih yakin dengan diri. Bukan itu sahaja, ada juga individu yang bukan memikirkan kecantikan semata-mata tetapi kesihatan. Tetapi dengan berdiet sahaja tidak mencukupi, anda juga perlu lakukan beberapa senaman atau aktiviti fizikal untuk membakar kalori.
#1 Berjalan 200 Langkah
Berjalan secara santai juga mampu mengurangkan kalori dalam tubuh anda selama 1 jam. Cara berjalan yang lebih mudah yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian anda ialah bercakap di telefon sambil berjalan. Kajian mendapati wanita bekerjaya bercakap di telefon sambil berjalan mengelilingi tempat kerja mampu membakar sejumlah kalori.
#2 Mengemas rumah
Tahukah anda bahawa mengemas rumah juga boleh membakar 100 kalori . Ini kerana aktiviti mengemas seperti menyapu lantai, mengemop lantai atau melakukan kerja-kerja pembersihan adalah salah satu senaman ringan yang boleh membakar kalori dalam badan anda. Ia memang berkesan!
#3 Window Shopping
Window shopping atau membeli belah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Walaupun anda hanya datang berjalan untuk melihat-lihat barang tanpa membeli juga boleh membakar kalori anda!
#4 Membawa Bakul Semasa Shopping
Mungkin ramai yang biasa membawa troli berbanding memegang bakul semasa membeli belah di pasaraya. Ini kerana troli lebih mudah dibawa dan tidak membebankan diri anda. Tetapi anda perlu tahu hanya dengan pemilihan bakul sebagai objek untuk meletak segala barang yang dibeli mampu membakar 100 kalori. Jom amalkan di pasaraya nanti!
#5 Naik turun tangga 30 minit
Lakukan aktiviti naik turun tangga selama 30 minit di mana-mana kawasan yang berdekatan dengan anda seperti tangga di rumah atau di tempat kerja anda.
#6 Skipping 15 Minit
Skipping mempunyai banyak faedah untuk perut dan bagus untuk membakar kalori. Ia juga mampu meningkatkan ketangkasan, stamina dan sistem saraf anda.
#7 Senaman
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 25 minit setiap hari bagi membakar kalori dalam badan anda. Senaman adalah aktiviti yang diperlukan bagi mereka yang berkeinginan tinggi untuk mengurangkan lemak badan dan membakar kalori.