Anda yang mementingkan kesihatan jantung berpeluang untuk hidup lebih lama. Berikut adalah 5 tips penting untuk memastikan anda bahagia bersama insan tersayang.
1. Mengekalkan berat badan yang ideal.
Berat badan yang ideal ialah indek jisim tubuh (IJT) anda di antara 18.5 dan 24.9. Jika IJT anda melebihi dari 25, anda dinasihatkan untuk menurunkan berat badan kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula dan tahap tekanan darah anda.
2. Tekanan darah dan gula dalam darah dan tahap kolestrol dalam lingkungan normal.
Setiap tahun, anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memantau tahap kolestrol, tekanan darah dan gula dalam darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amalkan diet yang seimbang dan lakukan gaya hidup yang aktif setiap hari.
3. Amalkan diet yang sihat dalam kehidupan seharian.
Selalu pantau pengambilan makanan. Makan makanan yang rendah lemak tepu dan kolestrol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan yang bergoreng. Terbaik, makan ikan setiap hari dan pilih ikan dari laut dalam sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Untuk kekal sihat, ambil makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi serat, vitamin-vitamin dan mineral serta fitokimia yang baik untuk kesihatan jantung. Paling penting kurangkan pengambilan gula dan garam.
4. Kekal aktif dengan aktiviti fizikal
Kerap bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula dalam darah, dan kolestrol. Pilih aktiviti senaman yang mengeluarkan peluh dan amalkan minuman juice botani halba “fenugreek juice drink” setiap hari sebagai sebahagian amalan diet seimbang anda. Fenugreek Juice Drink mengandungi plant sterol yang membantu kesihatan jantung dan kolestrol dalam badan.
5. Urus stres
Jangan ambil ringan dengan masalah stres. Stres yang berlebihan mungkin menjadi punca kepada masalah kepada tekanan darah meningkat dan memberi beban kepada jantung. Anda digalakkan membuat senaman mengawal pernafasan dan bernafas dengan betul sekurang-kurangkan setiap 30 minit.