Bila badan anda cepat rasa letih, lesu itu petanda kecerdasan badan anda menurun.
Duduk terlalu lama dalam rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni pun boleh menjadikan seseorang itu cepat lesu badan.
Lesu badan bukan bermaksud seseorang tu selalu rasa mengantuk atau rasa pening kepala. Badan yang tidak bertenaga akan menurunkan motivasi seseorang dan kita tidak berminat untuk melakukan sesuatu yang kita suka.
Apa penyebab badan menjadi cepat lesu?
1. Gaya hidup
2. Masalah kesihatan
3. Masalah mental
Ini antara punca bila kita kaitkan dengan gaya hidup:
1. Tidak bersenam. Bila kita tak buat aktiviti senaman, badan kita berada dalam mood pasif.
2. Bersenam secara berlebihan. Ini pun boleh menyebabkan otot menjadi terlalu stress dan penat.
3. Kurang tidur. Sering tidur lewat atau tidak hanya beberapa jam sahaja.
4. Lebih berat badan. Sepanjang PKP kita lebih banyak makan makanan yang tidak berkhasiat secara berlebihan.
5. Mengambil dadah atau alkohol
6. Sedang berada dalam keadaan stress
7. Pengambilan minuman berkafien terlalu kerap
8. Tidak mengambil diet yang sihat
Bagi anda yang adalah masalah kesihatan, ini juga antara punca kenapa anda sering berasa lesu badan.
Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menunjukkan simpton seperti:
1. Anemia (kurang sel darah merah)
2. Sakit sendi
3. Jangkitan kuman seperti selsema atau demam
4. Hipotiroid
5. Masalah tidur (insomnia)
6. Penyakit autoimune seperti SLE, psoriasis, Rheumatoid arthritis
7. Lemah Jantung
8. Kanser
9. Kencing manis
10. Kegagalan buah pinggang
11. Kegagalan fungsi hati.
Jadi kalau anda punyai masalah kesihatan terbaik berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat untuk mengambil ubat yang sesuai dengan masalah kesihatan anda.
Jika anda bertemu dengan doktor komplimentari, mereka akan mencadangkan anda menggunakan ubat-ubatan dari sumber organik dan herba.
Untuk tips mengelak dari sering berasa lesu badan.
1. Minum air masak secukupnya sesuai dengan berat badan anda.
2. Amalkan supplemen yang sesuai
3. Buat senaman sekurang-kurangnya 10 minit sehari
4. Dapatkan tidur yang cukup
5. Elakkan anda berada dalam keadaan stres
6. Elakkan pengambilan rokok, vape, alkohol dan penyalah gunaan dadah.