Apabila berkaitan dengan penurunan berat badan, kebanyakan kita tahu perasaan penat dengan mengikuti senaman dan diet. Walaupun kita berusaha sebaik mungkin untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat, jarum pada mesin penimbang masih tidak turun atau menunjukkan sebarang perubahan. Sekiranya anda juga biasa dengan situasi ini, maka hari ini, saya ingin berkongsi sedikit air detoks untuk membantu anda mengurus dan menurunkan berat badan. Air detoks ini hanya menggunakan bahan-bahan dari dapur rumah anda atau bahan-bahan yang boleh anda dapatkan di pasaran sehingga tidak perlu mencari bahan-bahan mewah atau mahal.
#1 Air Jeera
Jeera diketahui mempunyai banyak faedah, salah satunya adalah tinggi antioksidan yang berfungsi membuang toksin dan membuat anda sihat. Ia juga dianggap baik untuk pencernaan dan membantu mengekalkan metabolisme yang hebat, seterusnya membantu menurunkan berat badan. Untuk membuat air ini, anda boleh merendam jeera atau jintan semalaman atau meminumnya pada waktu pagi atau didihkan dengan sedikit lemon.
#2 Air Jintan Manis
Jintan merupakan rempah yang digunakan dalam masakan dan ubatan. Terdapat empat jenis jintan dalam kalangan rakyat Malaysia antaranya ialah jintan putih, jintan manis, jintan hitam (anise) dan jintam hitam (habbatus sauda). Bahan ini sebenarnya mempunyai manfaat yang anda tidak ketahui. Ia boleh membantu meningkatkan metabolisme, mengurangkan rasa lapar, detoks badan dan pastinya menurunkan berat badan. Bagi penyediaan air jintan rendamkan satu sudu jintan semalaman di dalam air dan siap diminum pada pagi hari.
#3 Air timun, lemon dan mint
Timun, lemon dan mint adalah bahan-bahan yang membantu mengurangkan berat badan. Setiap satu dari bahan tersebut mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Untuk mendapatkan manfaat dari air ini, ambil beberapa potong timun dan mint kemudian tambahkan air ke dalamnya. Biarkan air rendam semalaman dan minum keesokan hari.
#4 Air halia
Halia selalunya digunakan dalam kebanyakan hidangan, ianya mempunyai banyak manfaat kesihatan yang anda tidak ketahui. Antara manfaatnya ialah membantu dalam morning sickness, gula darah, kolesterol membantu menurunkan berat badan dengan sepotong halia boleh mendatangkan manfaat. Cara penyediaannya ialah dengan didihkan air bersama halia, biarkan ia sejuk selama 5 – 6 minit dan sedia untuk dinikmati.
#5 Air lidah buaya
Kebanyakan dari kita biasa dengan tekstur lembik serta kegunaan perubatan yang terkenal dari lidah buaya ini. Tumbuhan ini menjadi satu fenomena dalam manfaat kesihatan seperti rambut, kulit, dan juga membantu mengurangkan berat badan. Untuk menikmati kebaikan dari tumbuhan ini, ambil setangkai lidah buaya dan kisar dengan air. Untuk kemanisan, anda boleh tambahkan sedikit madu ke dalam air lidah buaya.
#6 Air lemon dan biji chia
Minum air lemon menghidupkan anda dari dalam. Ia bermula dengan metabolisme, membantu menurunkan berat badan dan bertindak meningkatkan antioksida. Manakala chia pula dikenali tinggi nutrisi dan merupakan sumber yang baik untuk menurunkan berat badan. Cara penyediaanya ialah rendamkan biji chia semalaman, kemudian campurkan sebiji lemon pada pagi hari