Rasa mengantuk dan tidak cukup tidur sewaktu pagi boleh menjejaskan tumpuan seseorang dalam membuat sebarang pekerjaan atau rutin harian. Kerap menguap dalam satu satu masa menyebabkan anda bertambah lemah dan hilang konsentrasi dalam melakukan tugasan. Seterusnya perasaan malas menguasai diri kerana tubuh badan serta otak anda tidak dapat bekerja dengan baik.
Jika anda salah seorang individu yang mengalami masalah mengantuk sepanjang hari, jom luangkan masa untuk baca artikel berkenaan punca mengantuk di pagi hari dan cara mengatasinya.
#1 Tidak cukup tidur
Seperti yang kita tahu, tidak cukup tidur menjadi punca utama kepada rasa mengantuk pada setiap pagi. Tidur adalah sangat penting kepada setiap individu sebelum memulakan hari unutk kembali bekerja. Ini kerana tidur juga merupakan aktiviti dimana tubuh kita berehat tanpa melakukan apa-apa, tapi hakikatnya apabila tidur tubuh badan kita sedang bekerja keras. Oleh itu, kita mestilah mempunyai masa tidur yang baik supaya tidak rasa lesu dan cepat mengantuk pada keesokkannya. Dengan itu, kita mestilah ikut jadual yang telah ditetapkan. Seterusnya buat rutin tidur yang menenangkan seperti meditasi, membaca, mendengar muzik yang menenangkan dan sebagainya.
#2 Sleep Apnea/ Tidur berdengkur
Sleep apnea adalah gangguan tidur yang mengganggu pernafasan seseorang ketika tidur. Keadaan ini boleh menjadi penyakit serius sekiranya tidak diubati kerana ia boleh membuat individu berhenti bernafas. Dengan itu, situasi tersebut menyebabkan mereka sukar untuk tidur pada waktu malam tanpa mereka sedari. Hal ini kerana kesukaran bernafas akibat berdengkur menyebabkan otak seseorang kekurangan oksigen. Walaupun gejala ini muncul, tidak semua penderita menganggapnya sebagai gangguan tidur. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami gejala berikut, anda mesti berjumpa dengan pakar kesihatan iaitu doktor.
#3 Dehidrasi
Dehidrasi berlaku apabila jumlah air yang meninggalkan tubuh lebih banyak daripada jumlah yang diambil. Seseorang perlu meminum air secukupnya untuk menggantikan air yang dibuang daripada badan. Kurangnya air dalam badan atau dehidrasi menyebabkan badan lemah seterusnya dahaga. Dengan itu, minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sediakan air kosong kemana-mana sahaja anda berada. Jadikan pengambilan air kosong sebagai rutin seharian anda. Ini kerana air kosong sangat penting untuk kesihatan dalaman dan luaran.
#4 Terlalu banyak kafein
Sebagaimana yang kita tahu, kafein membantu dalam memberi kesegaran dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila mengambil dos yang berlebihan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah tinggi meningkat. Ada kajian mengatakan bahawa terlalu banyak kafein akan menyebabkan badan menjadi lemah. Secara perlahan-lahan kadar ketagihan terhadap kopi akan menurun. Penurunan secara mendadak menyebabkan kita kembali ketagih dan menyebabkan badan kita bertambah lemah.
#5 Tidak cukup tenaga
Makan terlalu sedikit dan diet yang berlebihan menyebabkan badan menjadi lemah dan lesu. Diet yang seimbang membuatkan badan kita sihat dan cukup segala nutrisi dalam badan seterusnya mampu mengekalkan tenaga seharian dan paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa menjadi rendah, kita akan menjadi lemah dan berpotensi untuk pitam. Dengan itu, kita perlu mengambil sarapan setiap pagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Lepas dah sarapan badan pun akan jadi lebih bertenaga dan aktif.